Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiring calon PH N.43 Permas, Sharon Teo Siew Hui dan calon PH N.42 Johor Jaya, Lee Wern Yiing pada Ceramah Grand Finale Johor Ke Depan Undi Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Pasir Gudang, Johor. Foto SADIQ SANI, 10 JULAI 2026.

PASIR GUDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Johor yang mempunyai sejarah gemilang boleh menjadi negeri yang lebih baik pada masa depan berdasarkan potensinya.

Beliau berkata, namun negeri ini memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan berani bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Johor masih ketinggalan, kita perlu Pakatan Harapan (PH) untuk push Johor naik sebagai negeri yang maju. Johor ada potensi, you can. Johor punya sejarah yang gemilang, you ada potensi untuk maju.

“Tapi kita mahu pimpinan yang berani, pimpinan yang tegas, pimpinan yang bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan kerana kalau kerjasama dengan kerajaan Persekutuan, untung itu rakyat (yang dapat),” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Program Grand Finale Johor Ke Depan, Undi Harapan PR Johor di kawasan bersebelahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anwar berkata, banyak kemudahan dan projek mega di negeri ini disediakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hanya perlu menyediakan perumahan untuk rakyat Johor.

“Ap yang kita minta kerajaan negeri buat, rumah rakyat, bagi tanah buat rumah rakyat, ekonomi naik harga rumah mahal. Anak-anak kita kerja gaji RM3,000 sewa RM2,000. Tak holeh hidup.

“Itu sebab kita minta kerajaan negeri kerjasama dengan kita. pasal apa di Kuala Lumpur kita dah buat rumah rakyat banyak. Rumah rakyat puluh ribu di Kuala Lumpur. Tanah kerajaan kalau ada saya tidak izin memainkan untuk rumah bangunlan rumah rakyat. Ini adalah polisi,” ujarnya.

Jelasnya, jika seseorang mahu jadi pemimpin perlu ada keberanian dan azam, jika sebaliknya tidak boleh untuk mengemudi negeri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast