Dr S Saswin

JOHOR BAHRU – Perjuangan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak berakhir di peti undi selepas kalah semua lima kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi MIPP Johor, Dr S. Saswin berkata, keputusan PRN Johor diterima dengan penuh rasa hormat terhadap mandat rakyat.

“MIPP akan terus memainkan peranannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat, mengangkat suara masyarakat India serta memperkukuhkan keharmonian antara semua kaum demi kemajuan Johor dan Malaysia.

“Pada masa yang sama, ia menjadi satu amanah untuk kita memperbaiki kelemahan, memperkukuhkan organisasi dan menyusun langkah yang lebih strategik dalam usaha memperluaskan sokongan rakyat terhadap MIPP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam PRN Johor, MIPP bertanding di lima kerusi atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Pemanis, Paloh, Permas, Kota Iskandar dan Bukit Permai namun semuanya tewas.enjadi asas kepada pembangunan parti pada masa hadapan.

“Saya menyeru seluruh ahli MIPP Johor agar terus memperkukuhkan perpaduan, mengekalkan disiplin organisasi dan meneruskan khidmat kepada masyarakat.

“Jangan sesekali menjadikan keputusan pilihan raya sebagai pengakhiran perjuangan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih kuat, lebih dekat dengan rakyat dan lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Presiden MIPP, barisan kepimpinan Pusat, kepimpinan MIPP dari seluruh negara serta rakan-rakan dalam PN yang bersama-sama menggembleng tenaga sepanjang kempen.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan perjuangan dalam kalangan komponen PN, katanya.

Beliau menyeru seluruh ahli MIPP Johor agar terus memperkukuhkan perpaduan, mengekalkan disiplin organisasi dan meneruskan khidmat kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast