Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menyantuni pengundi ketika berkempen di sekitar Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban, hari ini

SEREMBAN – Hampir keseluruhan manifesto yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sejak 2023 telah berjaya ditunaikan walaupun tempoh pentadbiran masih berbaki kira-kira dua tahun.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad, biarpun kerajaan negeri tidak pernah mengemukakan laporan pencapaian atau scoreboard manifesto, namun hampir 100 peratus janji pilihan raya terlaksana.

Beliau berkata, rakyat sendiri boleh menilai prestasi kerajaan berdasarkan pelaksanaan dasar dan janji yang telah dibuat.

“Manifesto yang dibentangkan ketika Kerajaan Perpaduan bersama BN pada 2023 hampir 100 peratus telah dilaksanakan.

“Tempoh pentadbiran kita sebenarnya masih berbaki dua tahun tetapi sebelum penggal berakhir kita sudah pun menyelesaikan hampir semua janji manifesto.

“Jadi tidak timbul isu kita tidak mempunyai scoreboard kerana rakyat boleh melihat sendiri pencapaian tersebut,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas berkempen dari rumah ke rumah di sekitar Taman Desa Rhu, di sini, lewat petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan masih gagal menunaikan pelbagai janji manifesto walaupun tempoh pentadbiran hampir berakhir.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kerajaan negeri sehingga kini masih belum mengemukakan laporan pencapaian atau ‘dashboard’ pelaksanaan manifesto. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast