Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menggunakan motosikal untuk menyantuni pengundi ketika kempen rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menukar pendekatan berkempen dengan menggunakan motosikal bagi membolehkan beliau menemui lebih ramai pengundi menjelang hari pengundian.

Beliau berkata, strategi itu dipilih selepas sebelum ini lebih banyak bergerak secara berjalan kaki dari rumah ke rumah.

Menurutnya, penggunaan motosikal membolehkan lebih banyak kawasan dilawati dalam tempoh berbaki kurang lima hari kempen Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan.

“Saya menukar pendekatan daripada berjalan kepada menaiki motosikal supaya lebih banyak rumah boleh saya pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette semasa berkempen dari rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menggunakan motosikal untuk menyantuni pengundi ketika kempen rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

Ketika ditanya tentang aktiviti kempennya dalam kawasan kelabu dan hitam di Sikamat, Nor Azman berkata, beliau tetap akan terus mendekati pengundi tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

“Hati manusia milik Allah. Mudah-mudahan apabila saya bertemu mereka, ada sedikit simpati dan peluang untuk mereka memilih saya.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menyantuni pengundi ketika kempen rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

“Selagi belum hari Jumaat dan hari Sabtu, saya akan terus mengambil peluang bertemu pengundi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast