KUALA LUMPUR – AmLife International berjaya mencipta rekod baharu diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) menerusi DeepZleep Challenge sekali gus membuktikan penerimaan pengguna terhadap penyelesaian berasaskan teknologi pemulihan melalui tidur.
Program selama 20 minit itu mendapat penyertaan seramai 817 peserta yang melengkapkan sesi pengalaman DeepZleep di 1 Utama sekali gus melayakkan syarikat itu menerima pengiktirafan di bawah kategori rasmi Most Participants in a Sleep Wellness Recovery Technology Experience Session.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AmLife International, Lew Mun Yee berkata, pencapaian itu bukan sekadar mencipta rekod sebaliknya mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat dalam menerajui kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan tidur.
“DeepZleep Challenge bukan semata-mata tentang jumlah peserta atau mencipta rekod. Ia mencerminkan komitmen AmLife untuk mengubah cara masyarakat memahami tidur, daripada sekadar waktu untuk berehat kepada satu proses pemulihan yang penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan seimbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program itu dianjurkan bagi membawa konsep pemulihan melalui tidur lebih dekat kepada masyarakat menerusi pengalaman yang boleh dirasai sendiri dan bukan sekadar disampaikan sebagai mesej kesedaran.
Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan AmLife International, Edward Yong berkata, perubahan gaya hidup moden yang semakin pantas menyebabkan ramai individu berdepan kesukaran mendapatkan tidur yang berkualiti.
“Dalam kehidupan moden yang serba pantas, ramai individu sukar mendapatkan tidur yang selesa dan rehat yang berkualiti. Keadaan ini boleh menjejaskan tahap tenaga, tumpuan, produktiviti dan kesejahteraan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
“AmLife percaya bahawa tidur berkualiti merupakan salah satu asas penting kepada kesejahteraan fizikal dan mental. Sehubungan itu, DeepZleep dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan tidur AmLife,” jelasnya.
Tambahnya, DeepZleep menggabungkan teknologi potensi elektrik, keselesaan terma dan frekuensi bunyi dalam satu pengalaman kesejahteraan tidur bersepadu yang direka bagi mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong untuk berehat.
Ketua Pemasaran AmLife International, Arthur Ang pula berkata, idea penganjuran DeepZleep Challenge lahir daripada hasrat untuk menjadikan konsep pemulihan melalui tidur lebih mudah difahami oleh masyarakat.
“Idea kami adalah untuk menghimpunkan lebih 500 orang dalam satu hari dan memberi mereka peluang merasai sendiri gambaran awal tentang pemulihan melalui tidur.
“Daripada sekadar menyampaikan mesej bahawa tidur itu penting, kami mahu mengubahnya menjadi satu pengalaman sebenar yang boleh dirasai dan difahami sendiri oleh masyarakat,” katanya.
Terdahulu, setiap peserta dikira melengkapkan cabaran selepas menjalani sesi pengalaman DeepZleep selama 20 minit selain menjalani saringan kesejahteraan sebagai penilaian awal terhadap keadaan tubuh dan kualiti tidur.
Jumlah penyertaan sebanyak 817 peserta itu turut melepasi sasaran awal lebih 500 peserta.
Acara berkenaan turut disertai Dr Say Shazril, Eyra Hazali dan Fahrin Ahmad yang membantu menyampaikan mesej mengenai kepentingan rehat dan pemulihan kepada masyarakat. – MalaysiaGazette
















