JKM sedang wanita warga Vietnam yang meninggalkan bayinya di HSA, Johor Bahru pada Jun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga Vietnam membawa seorang bayi yang baru dilahirkan dan meninggalkannya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Jun lalu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru dalam satu kenyataan memberitahu, wanita berkenaan kemudian menghilangkan diri dan tidak datang lagi sehingga kini.

“Wanita berkenaan membawa bayi lelaki baharu dilahirkan ke hospital bagi tujuan menjalani pemeriksaan kesihatan. Dia kemudian meninggalkan bayi tidak menuntutnya semula selepas pemeriksaan.

“Dia kemudian gagal dikesan dan tidak dapat dihubungi sehingga kini. Ini mengakibatkan masa depan bayi berkenaan menjadi tanda tanya. Bayi lelaki yang ditinggalkan wanita itu kini berusia sebulan 14 hari,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memaklumkan, kes berkenaan kemudian dirujuk ke Unit Sosial Perubatan HSA pada 26 Jun lalu.

Jelas HSA, wanita itu gagal dijejaki sehingga kini dan wakil JKM berusaha ke alamat diberikan namun rumah berkenaan tidak berpenghuni.

“Diharap wanita berkenaan tampil ke Pejabat JKM mahupun menghubungi pelindung kanak-kanak, Norharyanti Zakaria di talian 07-2282971 bagi membincangkan masa depan bayi terbabit,” tambah kenyataan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast