Kamarool Yusoff meninggal dunia di usia 67 tahun.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Kamarool Yusoff yang popular dengan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja meninggal dunia hari ini.

Berita duka ini disahkan oleh Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini..

“Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan jugak Cik Man, baharu sahaja meninggalkan kita semua

“Semoga arwah Abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga, aamiin ya rabbal alamin,” tulisnya.

Sebelum ini, Amir turut memaklumkan pelakon berusia 67 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan kerana masalah saluran jantung tersumbat.

Menurutnya, Kamarool yang turut dikenali dengan panggilan Cik Man berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan.

Ketika zaman muda, Kamarool popular dengan watak Farouk apabila membuat penampilan sulungnya dalam filem Gila-Gila Remaja bersama pelakon Faizal Hussein sekitar tahun 1980-an.

Namun panggilan Cik Man pula mula digunakan selepas tampil dengan watak tersebut dalam filem arahan Allahyarham Mamat Khalid, Rock Oo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast