Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap ketika ditemui hadir pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 OGOS 2026.

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan mana-mana 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di Melaka kepada parti lain sekiranya kerjasama politik diteruskan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu telah dipersetujui apabila semua kerusi dimenangi BN akan terus dipertahankan oleh parti berkenaan.

“Kita telah menetapkan bahawa kerusi yang kita menang tidak akan pernah dikongsi dengan mana-mana pihak.

“Ketua Menteri Melaka memaklumkan kepada saya beliau berazam mempertahankan kesemua 21 dari 28 kerusi di Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata, ruang perbincangan dengan rakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) masih terbuka.

Menurutnya, musyawarah akan diadakan bagi mencapai persefahaman terbaik sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Ketua Menteri Melaka sangat terbuka. Namun kepimpinan BN di peringkat pusat akan dirundingi sebagai pihak yang membuat keputusan akhir terhadap apa juga persefahaman yang dicapai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast