Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap ketika ditemui hadir pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 OGOS 2026.

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) akan diberikan tempat dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan selepas pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan apatah lagi dipersetujui oleh mana-mana pihak.

“Tidak akan pernah ada,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya PH akan dilibatkan dalam pentadbiran negeri.

Jawapan ringkas itu sekali gus menafikan spekulasi yang tersebar susulan pembentukan kerajaan baharu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan kononnya beliau mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar sebagai kenyataan yang dibuat oleh individu yang tidak memahami realiti politik negara.

Menurut Presiden UMNO itu, proses mengemukakan nama calon Menteri Besar kepada pihak istana adalah sebahagian daripada amalan dan proses Perlembagaan.

“Saya tidak mahu melayani kenyanyukan kenyataan seseorang yang tidak memahami realiti politik bahawa nama mesti dikemukakan kepada pihak istana.

“Sebagai Pengerusi PN, tentunya saya perlu mengemukakan watikah dan cadangan nama,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak menganggap beliau sebagai orang luar dalam proses tersebut, dakwaan itu jelas menunjukkan kegagalan memahami sistem pentadbiran negara.

“Kalau tugas saya sebagai Pengerusi BN dianggap sebagai orang luar, maka kenyataan itu jelas menggambarkan kenyanyukan pemahaman pihak yang membuat dakwaan tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

PH mungkin sertai pentadbiran Negeri Sembilan?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast