Foto IG TV3.

KUALA LUMPUR – Penonton yang akan memeriahkan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini, diingatkan supaya mematuhi etika dan garis panduan pemakaian yang ditetapkan penganjur.

Peringatan mesra itu dikongsi di Instagram TV# sambil berkongsi idea dan inspirasi busana sopan yang boleh dipakai pada malam itu.

Namun, pihak penganjur turut menegaskan bahawa penonton wajib hadir dengan penampilan mengikut jantina masing-masing.

“Peringatan mesra! Penonton wajib mematuhi kod pakaian dan penampilan mengikut jantina masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, AJL39 tahun lalu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen susulan kehadiran beberapa individu lelaki yang berpakaian menyerupai wanita ketika acara karpet merah.

Isu itu mengundang kritikan kepada pihak penganjur dan menjadi perdebatan di media sosial sehingga menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan perkara berkenaan menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam dan budaya di negara ini. – MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast