Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas ke dalam sungai di kawasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berhampiran Jalan Gombak Lama, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada pukul 1 pagi tadi.

Jelasnya, siasatan mendapati penunggang tersebut ialah lelaki berusia 30 tahun.

“Mangsa ditemukan di dalam sungai sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi membawa naik mangsa berjaya diselesaikan pada jam 2.10 pagi.

Tambahnya, mayat tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang tamat sepenuhnya pada jam 3.08 pagi membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Selayang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast