TANJUNG KARANG – Kemelut politik yang tercetus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini membuktikan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu tidak lagi relevan dan boleh dijadikan pilihan rakyat untuk mentadbir negara.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, PKR kini diibaratkan seperti ‘parti gila’ kerana pihak yang menang jawatan timbalan presiden parti itu tiba-tiba hendak meletak jawatan.
Katanya yang juga Menteri Besar Kedah, sedangkan selepas pertandingan jawatan tertinggi itu sebelum ini, pihaknya yang kalah sampai merajuk sehingga meletak jawatan menteri dalam kerajaan.
“Kasihan Rafizi (Ramli), jadi Timbalan Presiden (PKR) bertanding dalam parti riuh rendah, hendak jawatan itu, akhirnya kalah sebab dia lawan anak Papaku (Anwar). Dia pun berhenti jadi menteri buat parti Bersama ‘Kancil’.
“Yang menang dengan Rafizi duduk tak duduk letak jawatan, gila tak gila. Parti ini gila dah. Bising pertandingan timbalan presiden. Buat jelajah kempen pun hentam saya, dua-dua puak itu.
“Bertanding timbalan presiden parti tetapi mengata Sanusi. Yang kalah berhenti, yang menang pun berhenti, yang tinggal Papaku seorang diri. Jangan ikut politik PKR ini, berselerak habis,” katanya ketika berucap pada Himpunan Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Selangor di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pas Pusat dan Pelancaran Dana Pas, Tan Sri Annuar Musa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Abd Halim Tamuri.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan hasrat berundur sebagai pemimpin nombor dua parti namun Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuaratnya memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatannya sebagai timbalan presiden parti itu.
Keputusan itu adalah bagi membolehkan beliau untuk menguruskan diri selain menyiapkan dan meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Semalam, Nurul Izzah berkata, beliau tidak mampu ‘memuaskan hati semua orang’ ketika mengulas keputusannya melepaskan jawatan nombor dua parti itu.
Malah, katanya, ada juga yang tidak berpuas hati dengan keputusannya bertanding jawatan timbalan presiden dan menewaskan Rafizi dalam pemilihan parti tahun lalu. – MalaysiaGazette

















PKR macam SiTanggang yang lupa diri dan tak tau bersyukur. Ibarst pepstah Melayu Bagai Kacang Lupakan Kulit. Tanpa sedar ucapan ucapan mereka di konvensyen menggali lubang hinggakan presiden mereka ditanam dan kerajaan madani tumbang. bila orang orang bodoh berucap ucapan di kuasai tamak haloba dan nafsu buruk. Yang mereka tempelak itu BN UMNO tapi Talam Dua Muka tu sebenarnya DAP yang menyimpan Madu Beracun. Buka mati hati tu besar besar dan lihat dengan jelas. Nak tau parti ru kuat ke tidak bertandinglah guna logo sendiri