Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berseloroh dengan sistem kecerdasan buatan (AI) ‘didikannya’ sejak dua tahun lalu dikenali sebagai ‘Joe’ mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.
Dalam perbualan berkenaan, Ab Rauf bertanya kepada ‘Joe’ mengenai kemungkinan BN dan PN bergabung, sebelum AI itu menyifatkan gabungan berkenaan sebagai “formula paling selesa” kerana undi Melayu tidak berpecah dan jentera akar umbi menjadi lebih padu.
“Kalau itu berlaku, itu memang formula paling selesa. Sebab undi Melayu jadi tak pecah dan jentera akar umbi jadi lebih padu. Soalnya cuma agihan kerusi dan penerimaan akar umbi.
“Kalau itu dapat diselesaikan, laluan memang lebih mudah,” jawab ‘Joe’ yang mencetuskan gelak tawa hadirin,”















