Kontraktor MBDK melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi terlibat.

KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) meminta penduduk setempat meningkatkan kewaspadaan susulan kejadian vandalisme termasuk kecurian yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan.

Dalam kenyataannya hari ini, MBDK berkata, pihaknya menerima aduan berulang berkaitan kerosakan sengaja terhadap infrastruktur elektrik di beberapa lokasi, termasuk kes terbaharu yang dilaporkan tahun ini.

Antara lokasi terlibat ialah Taman Badrishah, Jalan Temenggung, Sentosa berhampiran KFC, Jalan Remia di Bukit Tinggi yang membabitkan dua unit serta Taman Klang Ria.

Sementara itu, beberapa lokasi turut merekodkan kes sama pada tahun lalu, antaranya Persiaran Impian, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Tinggi, Jalan Kasuarina 2, Jalan Resak, Jalan Kasuarina 8, Jalan Kasuarina 12, Jalan Selampit 29 dan Lorong Seruling 59.

Menurut MBDK, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan terhadap harta awam, malah menjejaskan kehidupan harian penduduk apabila sistem bekalan elektrik mengalami gangguan.

Sehubungan itu, MBDK menggesa komuniti setempat segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau kejadian vandalisme kepada pihak polis atau melalui talian aduan rasmi majlis.

MBDK turut menggalakkan persatuan penduduk di kawasan terlibat mengaktifkan pelan keselamatan komuniti masing-masing, termasuk melaksanakan rondaan Skim Rukun Tetangga.

Kerjasama dengan pihak berkuasa juga perlu diperkukuh bagi membantu memantau kawasan berisiko serta mengekang kegiatan vandalisme daripada terus berleluasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here