Amir Hamzah Azizan (kir) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Menteri Kewangan II tekad untuk mengembalikan kekuatan ekonomi negara yang pernah dikecapi sebelum ini.

Lantaran itu, beliau menaruh harapan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan transformasi negara.

“Saya mahu membantu mengembalikan Malaysia ke tahap dahulu, yang mana ekonomi kita kuat dan menjadi ekonomi yang disegani.

“Insya-Allah kita akan bersama-sama membina balik Malaysia,” katanya ketika ditemui di Istana Negara hari ini.

Amir Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengangkat sumpah sebagai Senator pagi tadi di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Amir Hamzah, 56, menyertai KWSP pada tahun 2021, merupakan anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum menerajui KWSP, beliau Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast