Penunggang motosikal maut di tempat kejadian di simpang di Persiaran Puncak Alam 6 selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kereta yang membelok ke kanan di simpang di Persiaran Puncak Alam 6, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa bergerak lurus dari arah Alam Jaya.

Akibat daripada kemalangan itu lelaki yang berusia 44 tahun disahkan meninggal unia di tempat kejadian.

Pemandu kereta telah ditahan untuk disiasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Mohd Hafiz meminta kerjasama saksi kejadian menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast