PUTRAJAYA – Tokoh Maal Hijrah Peringkat KebangsaanTahun 1446H/2024 dinobatkan kepada bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad.
Manakala Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula dianugerahkan kepada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan besar mereka dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.
“Pemilihan Hassan berdasarkan jasa dan sumbanganya kepada pendidikan negara serta berkhidmat sebagai bekas Mufti Pulau Pinang dengan cemerlang dari 1997 hingga 2014.
“Jasa beliau dalam hal ehwal agama Pulau Pinang begitu besar dan cemerlang kerana sepanjang bertugas sebagai Mufti Pulau Pinang, beliau turut dilantik sebagai Penasihat Syariah untuk pelbagai institusi kewangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
“Keilmuan beliau terserlah dengan beberapa buku dan kitab agama yang dihasilkan beliau sendiri,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun1446H/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Selain itu, pemilihan Ali Muhyidddin, 75, sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula berdasarkan kepada Kedoktoran Undang-undang Syariah dari Universiti al-Azhar sangat dihormati kerana kealimannya dalam pelbagai cabang bidang Islam.
“Beliau sebagai ketua Jabatan Fiqh, FakuktiPerudangan Islam Universiti Qatar, pelbagai penghargaan telah diterimanya, antaranya Anugerah Waqaya untuk penyelidikan saintifik cemerlang dan insurans takaful di Riyadh pada 2001.
“Beliau juga mempunyai lebih 200 kertas penyelidikandan lebih 60 buku dalam pelbagai bidang yang dihasilkan.
“Ketokohan dan jasa beliau terbukti apabila menerima anugerah dari pelbagainegara termasuk Malaysia, Russia, Turkiye, Kuwait, Sudan dan Jordan,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah itu berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, RajaZarith Sofiah dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.
Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialahAl-Falah Pemacu Malaysia Madani. – MalaysiaGazette
















