Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli bersih ekuiti bernilai RM798.3 juta di Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Menerusi laporan aliran dana untuk minggu berakhir 6 Sept, 2024, MIDF menjelaskan, pelabur asing membeli bersih setiap hari minggu lepas, dengan aliran masuk terbesar berlaku pada Rabu bernilai RM286 juta.

Tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan pada RM743.2 juta, utiliti (RM405.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM113.6 juta).

“Mereka menjual bersih dalam produk dan perkhidmatan pengguna (-RM193.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM116 juta) dan teknologi (-RM68.4 juta),” tambah bank pelaburan itu.

Sementara itu, institusi tempatan menjual bersih ekuiti bernilai RM960.5 juta minggu lepas, manakala peruncit tempatan menjadi pembeli bersih dengan nilai RM162.2 juta.

“Jumlah dagangan harian purata susut dalam kalangan peruncit tempatan (-14.6 peratus), institusi tempatan (-18.3 peratus) dan pelabur asing (-35.8 peratus),” jelas MIDF Amanah. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast