Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

GOLD COAST – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengidamkan untuk muncul sebagai atlet Malaysia paling berjaya dalam Sukan Komanwel yang berlangsung di Australia.

Anak jati Pulau Pinang ini yang telah pun memenangi empat pingat emas Sukan Komanwel, menyatakan dengan jelas bahawa beliau datang ke Gold Coast dengan matlamat untuk melakar sejarah dan membawa pulang dua pingat emas.

Sebagai rekod, Chong Wei memenangi pingat emas perseorangan dan berpasukan campuran dalam Sukan Komanwel 2016 di Melbourne, Australia, dan Komanwel Delhi pada 2010.

“Saya harap dapat mempertahankan pingat emas untuk negara saya. Saya akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk memenangi dua emas dalam acara berpasukan dan perseorangan.

“Saya berasa sangat gembira dapat datang dan beraksi dalam Sukan Komanwel buat kali ketiga. Mudah-mudahan saya akan menikmati kunjungan dua minggu ke Gold Coast ini,” katanya seperti yang dipetik laman sesawang Sukan Komanwel Gold Coast 2018, gc2018.com.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast