KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia berjumlah 57,482 tan metrik pada Ogos 2024, meningkat 19.2 peratus berbanding Julai 2024 (48,204 tan metrik).

China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 25.8 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Ogos 2024 diikuti Emiriah Arab Bersatu (20.1%), Jerman (10.1%), Amerika Syarikat (9.6%) dan India (8.3%).

Pengeluaran getah asli menurun 5.2 peratus pada bulan Ogos 2024 (35,979 tan metrik) berbanding pada bulan Julai 2024 (37,960 tan metrik), kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 14.9 peratus (Ogos 2023: 31,309 tan metrik).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Ogos 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (88.1%) berbanding sektor estet (11.9%).

Jumlah stok getah asli pada Ogos 2024 menurun 13.7 peratus kepada 127,876 tan metrik berbanding 148,106 tan metrik pada Julai 2024.

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 88.0 peratus diikuti kilang pengguna getah (11.8%) dan estet getah (0.2%).

Harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan iaitu 2.0 peratus (Ogos 2024: 634.07sen sekilogram; Julai 2024: 647.23 sen sekilogram) manakala sekerap menurun sebanyak 1.0 peratus (Ogos 2024: 664.26 sen sekilogram; Julai 2024: 670.80 sen sekilogram). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast