Instagram Datuk Nicol David

KUALA LUMPUR- Lagenda skuash negara, Datuk Nicol Ann David berkongsi kegembiraannya menerima sijil daripada Harvard Business School selepas berjaya menamatkan program atas talian “Power and Influence for Positive Impact.”

Dalam hantaran di Instagramnya hari ini, bekas pemain skuash nombor satu dunia itu berkata, beliau tidak pernah menyangka mampu mendapat akses ke sekolah perniagaan berprestij selepas bertahun-tahun mengabdikan diri sebagai pemain profesional dan tidak memasuki universiti kerana mahu fokus kepada sukan.

“Saya rasa bersyukur kerana mendapat biasiswa untuk menghadiri kursus ini dan terima kasih kepada Harvard Social Innovation + Change Initiative (SICI) yang dicadangkan oleh @lily_lapenna namun begitu saya juga mahu mengucapkan terima kasih terutamanya kepada seorang rakan senegara, wanita hebat dan sahabat @sarahchenglobal yang menjadikan impian ini satu kenyataan.

“Beliau menghubungi saya dan mencadangkan kursus ini kepada saya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih. Tahniah juga kepada Julie Battilana yang bekerja dengan @harvardkennedyschool untuk mewujudkan kursus ini,” katanya.

Menurut Nicol, peluang belajar kursus berkenaan memberi semangat dan asas yang kukuh di dalam menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin.

Tambahnya, sijil berkenaan diharap menjadi pemula kepada pencapaian-pencapaian akademiknya pada masa akan datang.

Nicol merupakan pelajar cemerlang ketika zaman persekolahan apabila memperoleh 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast