KUALA LUMPUR – Sebanyak lima premis sekitar Pasar Borong dan Pusat Bandar Utara di ibu kota dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan oleh warga asing.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan berkata, tindakan khas itu dilakukan ke atas premis perniagaan yang membuat halangan di tempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Dalam masa yang sama, DBKL berkata, empat notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya menerusi kenyataan.
DBKL dalam pada itu memberi jaminan akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan dari semasa ke semasa.
“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” tambahnya.- MalaysiaGazette
















