Orang ramai mengambil peluang mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka sempena hari pertama berpuasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 02 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Setiap kali tiba Ramadan antara yang menjadi tumpuan adalah bazar Ramadan kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati.

Tinjauan MalaysiaGazette di ibu negara mendapati, warga kota tidak melepaskan peluang ke Bazar Ramadan Kampung Baru seawal pukul 3 petang meskipun hujan renyai.

Orang ramai mengambil peluang mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka sempena hari pertama berpuasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 02 MAC 2025

Malah harga yang ditawarkan para peniaga juga berpatutan serta memuaskan bagi memastikan pengunjung dapat membeli makanan bagi berbuka puasa.

Pengunjung, Izzat Farhan.

Seorang pengunjung dikenali sebagai Izzat Farhan, 30, bersama isterinya seronok melihat orang ramai datang ke bazar kerana mahu suasana meriah.

“Saya memilih datang ke sini hari ini sebabkan suasananya yang meriah untuk orang beli juadah, banyak pilihan makanan untuk dibeli terutama murtabak yang terkenal di sini dan harga macam biasalah semua naik tapi masih okay,” katanya ketika ditemui hari ini.

Muazam Khaliy. Foto SADIQ SANI, 02 MAC 2025

Sementara itu, Muazam Khaliy, 25, memilih untuk berkunjung ke bazar pada hari pertama Ramadan kerana mudah untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Saya dan kawan duduk bujang di sini sebab tidak balik kampung tambah lagi mudah kami membeli makanan berbanding memasak sebab banyak pilihan makanan boleh dibeli di sini.

Orang ramai mengambil peluang mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka sempena hari pertama berpuasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 02 MAC 2025

“Selalunya saya akan ke bazar di area Sentul tapi kali ini ke Kampung Baru sebabkan nak vibes dia tu memang best dan meriah serta selesa,” ujarnya.

Salahudin Hilmi Hasmadi.

Bagi seorang lagi pengunjung, Salahuddin Hilmi Hasmadi, 27, pula, suasana pasar Ramadan tahun ini di Kuala Lumpur lebih meriah sama seperti di kampungnya di Kedah.

“Saya pertama kali berkunjung ke sini sebab nak tengok suasana di sini katanya sesak tapi saya lihat selesa dan mudah untuk berjalan berbanding sebelum ini ada khemah di tengah.

“Saya tidak beli makanan yang banyak tapi lalau harga pun bagi saya berpatutan tadi beli Roti John okaylah, ia tidak terlalu mahal,” jelasnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast