Gambar IPD Kuantan

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Pasaraya LYC Indera Sempurna, di sini lewat petang semalam.

Kereta berkenaan dinaiki tiga individu termasuk seorang bayi perempuan berusia empat bulan dan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Pekan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, kemalangan berlaku semasa motosikal berkenaan yang datang dari lorong kiri terus melintas masuk ke lorong kanan untuk membuat pusingan U.

Tindakan motosikal tersebut mengakibatkan kereta dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal itu, katanya dalam kenyataan.

Ekoran nahas itu, mangsa, Zakaria Omar, 63 disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan hanya kerosakan kenderaan di bahagian hadapan.

Manakala motosikal terbabit mengalami pelbagai kerosakan.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast