Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR- Susulan prestasi buruk PRU-14, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhasrat tidak akan bertanding mempertahankan jawatannya di dalam pemilihan parti yang akan datang.

MCA hanya menang satu kerusi parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri di bawah tiket Barisan Nasional.

Malah Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong sejak tahun 1999 turut gagal mempertahankan kerusinya.

“Sebagai pemimpin yang bertanggung jawab, saya tidak akan bertanding lagi dan mengambil tanggung jawab penuh ke atas prestasi parti saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini hari ini.

MCA perlu memulakan pemilihan parti enam bulan dari sekarang.

Dalam PRU14, MCA bertanding 39 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast