national diver Pandalela Rinong rape joke dirty jokes ex-coach lewd jokes culture victim
Pandelela Rinong

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong terlepas slot akhir 10 meter (m) platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico semalam.

Pandelela yang membuat penampilan pertamanya selepas kali terakhir beraksi di pentas kompetitif Terbuka Malaysia pada November tahun lepas, mengumpul 267.85 mata untuk menduduki tempat ke-13, ketinggalan 7.30 mata di belakang penerjun Sepanyol Valeria Antolino di tempat ke-12 dengan 275.15 mata.

Hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir.

Penerjun China Quan Hongchan dan Chen Yuxi mendominasi dua kedudukan teratas dengan masing-masing mengumpul 390.40 dan 373.65 mata.

Sementara itu, penerjun lelaki negara Enrique Harold akan turun beraksi dalam pusingan kelayakan 10m platform lelaki individu pada Sabtu.

Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April dan diikuti Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast