Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Perdana Menteri Republic Rakyat China, Li Qiang, semasa Sidang Kemuncak ASEAN 46 di Kuala Lumpur. 26 Mei 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang senada untuk terus meningkatkan kerjasama strategik khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Kuala Lumpur, ketika ini.

Perdana Menteri berkata, antara bidang tumpuan adalah ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan.

“Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global, yang secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

“Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN.

Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast