Pempengaruh dikenali ‘Ceo Batu’

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dikenali CEO Batu disiasat berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

“Kes masih dalam siasatan dan lelaki berusia 22 tahun itu telah dibebaskan dengan ikan jamin polis hari ini selepas tamat tempoh reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 22 Mei lalu, polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai CEO Batu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur seksual kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Pempengaruh itu diberkas selepas ibu mangsa membuat laporan dan siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal bulan ini menerusi aplikasi media sosial.

Sebelum ini penyanyi dan aktivis, Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej di media sosial yang didakwa berbaur lucah dihantar oleh seorang pempengaruh kepada remaja perempuan bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di akaun Instagramnya, Caprice dihubungi ibu remaja terbabit yang meminta bantuan selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast