Ismail Sabri sejarah
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan pengunduran Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Kabinet sekiranya beliau tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Ia kerana, kedudukan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dalam Kabinet bakal diisi oleh Datuk Seri Johari Ghani, yang kini memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi.

Sumber dalaman parti memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kerusi Johari pula akan diisi oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang bakal dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

“Untuk makluman, ‘CV’ Khairy telah pun dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri (PMO) baru-baru ini dan perkara ini telah disahkan.

“Namun begitu, pelantikannya sebagai menteri masih memerlukan pertimbangan dari sudut kesediaan UMNO, walaupun beliau bukan lagi ahli parti tersebut setelah dipecat sebelum ini.

“Perlantikan Khairy adalah atas kuota teknokrat dan tidak mewakili mana-mana parti tetapi aspek penerimaan dan sensitiviti parti-parti dalam kerajaan perpaduan, khususnya UMNO tetap perlu diambil kira,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, satu lagi perubahan dijangka melibatkan tempat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang telah mengumumkan peletakan jawatan petang tadi.

Difahamkan, kerusi kosong itu bakal digantikan dengan Datuk Seri R. Ramanan, yang baru-baru ini memenangi jawatan Naib Presiden PKR.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan

Ramanan ketika ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala tempat beliau pula dijangka digalas oleh Adam Adli, yang kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS).

Sementara itu, jawatan Adam Adli berkemungkinan akan diambil alih oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim, yang turut dikhabarkan akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Muhammad Kamil Abdul Munim

Namun pada masa sama, bagi portfolio Kementerian Ekonomi, beberapa nama sedang dipertimbangkan selain Johari termasuk bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

Di peringkat negeri, Perdana Menteri dilaporkan akan mengekalkan dua Menteri Besar PKR iaitu Datuk Seri Amirudin Shari di Selangor dan Datuk Seri Aminudin Harun di Negeri Sembilan.

Mereka diberi kebebasan untuk menentukan barisan Exco masing-masing berdasarkan keputusan pemilihan peringkat Cabang.

“Dua Menteri Besar ini juga merupakan calon berpotensi untuk menganggotai Kabinet Persekutuan pada masa akan datang,” ujar sumber itu lagi.

Di Selangor, Exco yang tewas dalam pemilihan Cabang dan Pusat ialah Dr Fahmi Ngah.

Sumber memaklumkan, usul penggantian beliau dijangka dibentangkan dalam mesyuarat negeri yang akan datang, dengan beberapa nama disebut sebagai calon pengganti seperti Azmizam Zaman Huri, Izuan Kassim dan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih popular dengan panggilan Altimet.

“Meskipun Azmizam tewas di peringkat Pusat, beliau masih merupakan Ketua Cabang serta Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang selama dua penggal,” jelas sumber tersebut. – MalaysiaGazette

PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi – PMO

Rafizi letak jawatan

Nik Nazmi turut lepaskan jawatan menteri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. adam adli tu boleh jadi menteri demonstrasi dan hury hara. bagi ahe jawatan tu jat Dr Sam Menteri Besar Terengganu.

  2. Johari dan Hassan Merican adalah dua tokoh, dua nama yang amat besar jika nak dibandingkan dengan raja formula songsang tu?

    Nak lari dari tanggungjawab, bila tak mampu nak deliver apa2 pun setelah diberi masa dan peluang, cara terbaik untuk menutup kemaluan adalah resign, kononnya berperinsip? kah..kah..kah… kelakar tol.

Comments are closed.