Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang tadi membincangkan impak terhadap kos sara hidup rakyat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut membincangkan kesiapsiagaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (Sabah) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR diberikan tugasan khusus memastikan kemenangan parti dan rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Demi kelangsungan persediaan pilihan raya, bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Mustapha Sakmud akan terus menjalankan tugas sebagai pengerusi sementara menunggu pelantikan barisan kepimpinan baharu.

Manakala Peto Galim akan meneruskan tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri Sabah.

Mesyuarat tersebut turut membuat ketetapan Fuziah Saleh dan William Leong akan terus menjalankan tugas masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendari Agung sehingga kepimpinan baharu dilantik dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat akan diadakan nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast