Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menutup kebocoran tangki serta membersihkan sisa tumpahan minyak.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 500 liter minyak kelapa sawit tertumpah atas jalan selepas sebuah lori tangki terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Juru arah utara di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.59 pagi.

Jelasnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori berkenaan melanggar penghadang besi sehingga menyebabkan kebocoran pada tangki hadapan.

“Anggaran awal menunjukkan sebanyak 500 liter minyak telah tertumpah di atas jalan akibat pelanggaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah John Sagun, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menutup kebocoran tangki serta membersihkan sisa tumpahan minyak.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast