Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) bercakap ketika sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dan rampasan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor di Mes Pegawai Kanan Polis IPK Selangor, Shah Alam. Foto HARI ANGGARA, 31 JANUARI 2025.

SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes lelaki warga Taiwan maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan kes kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah atau kecuaian lain.

“Kita ada sumber keterangan yang menunjukkan bahawa mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berusia 63 tahun yang masuk ke negara ini pada 31 Mei lepas berjalan berseorangan sebelum terjatuh dan digilis tren LRT berkenaan.

Polis telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui pihak kedutaan untuk tindakan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast