Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – “Allah nak tunjukkan kepada Yusuf Rawther bahawa apa yang dialami oleh dia hanyalah satu peratus sahaja kezaliman yang dirasai oleh saudara kita di bumi Palestin.

“Di bumi Palestin yang setiap hari selama puluhan tahun dizalimi oleh pihak zionis laknatullah yang Yusuf Rawter sokong”.

Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail.

Tun Faisal sebelum ini mempertikaikan mana suara Dr Akmal dalam isu Yusuf Rawther.

“Simpati tetap simpati tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu dan sejujurnya orang yang menyokong negara Israel ini saya tidak berminat untuk komen dan sokong sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya bila ada orang menyokong Israel secara terbuka ini sebab lebih ramai lagi insan yang layak dapat perhatian dan pembelaan dari kami,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini.

Dr Akmal berharap apa yang berlaku boleh membuatkan Yusuf Rawther insaf dan ubah persepsi menyokong negara Israel.

Mengenai isu Abang Belon, katanya, biarlah isu itu diuruskan oleh pembangkang kerana mangsa telah memilih mereka untuk mempertahankan diri.

“Bak kata MP Machang Wan Ahmad Fayhsal sebelum tanya mana suara kp UMNO, patut tanya mana suara KP kamu dulu!” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast