PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mencampuri urusan sistem kehakiman negara yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
Beliau berkata, DNAA itu ditentukan dua pihak termasuk hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Peguam Negara.
“Ini soal hakim, itu soal peguam negara,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan DNAA kepada Najib terhadap tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim K Muniandy memutuskan perkara itu selepas mendapati pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan walaupun selepas enam tahun pertuduhan dikemukakan.
Muniandy berkata, kes itu tergantung di mahkamah sejak 2019 dan sehingga kini belum satu pun keterangan saksi dikemukakan. – MalaysiaGazette
















