KULAI – Tular lelaki memandu bas melulu dan berbahaya serta memotong menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 35.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini.
Video yang tular berdurasi 26 saat dalam Facebook itu turut memaparkan pemandu terbabit berang dan menunjukkan isyarat lucah semasa dihon kenderaan di belakangnya.
Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan berkenaan video tular berkenaan pada pukul 3.42 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, video berkenaan memaparkan bas dipandu seorang lelaki tempatan memotong secara berbahaya menggunakan lorong kecemasan.
“Siasatan lanjut terhadap pemandu bas berkenaan telah dijalankan namun sehingga kini tiada maklumat mengenai pemilik video dan pemandu kenderaan terlibat dalam kejadian tersebut.
“Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Kanun Keseksaan 1987,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menggesa pemandu kenderaan dan pemilik video serta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa 011-26081008.
Tambahnya, mereka juga boleh hadir ke Bahagian Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.- MalaysiaGazette
















