Shuhaib Ar Rumy Selamat

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyeru semua institusi legislatif negeri dan Wilayah Persekutuan tidak berasa selesa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit dengan kes Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Pembela, Shuhaib Ar Rumy Selamat berkata, institusi berkenaan sebaliknya perlu terus memperkemas dasar dan undang-undang syariah secara menyeluruh.

Menurut beliau, sebarang kelemahan atau kelompongan dalam peruntukan sedia ada perlu diteliti dan diperbaiki segera bagi memastikan kekukuhan institusi kehakiman syariah sentiasa terpelihara dan dihormati.

Ujarnya, pengukuhan aspek penguatkuasaan, prosedur kehakiman dan kecekapan sistemMenurut beliau, sebarang kelemahan atau kelompongan dalam peruntukan sedia ada perlu diteliti dan diperbaiki segera bagi memastikan kekukuhan institusi kehakiman syariah sentiasa terpelihara dan dihormati. melibatkan kehakiman syariah juga perlu dipertingkatkan.

“PEMBELA turut menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, memimpin inisiatif menyeluruh bagi memperkasa ekosistem pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan dan Wilayah Persekutuan.

“Dalam masa sama, kami mengajak semua umat Islam dan para pemimpin negara agar bersatu hati dalam mempertahankan kedaulatan Islam serta memperkukuh sistem kehakiman syariah sebagai sebahagian daripada struktur Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan kelmarin menolak permohonan Maria Chin untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu sebulat suara.

Nordin yang mengetuai panel itu berkata, tiada isu baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan rayuan Maria.

Beliau berkata, isu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah diperjelas dalam kes-kes terdahulu termasuk cabaran seorang wanita terhadap status agamanya.

Sementara itu, Shuhain Ar Rumy berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut juga mempertegaskan Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam sistem perundangan negara.

Menurutnya, prinsip bidang kuasa yang setara (coordinate jurisdiction) antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil telah diperakui secara jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini serta kes-kes penting lain.

“Maka, adalah penting bagi semua pihak memahami dan mengiktiraf peranan Mahkamah Syariah sebagai institusi yang sah dan berautoriti dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast