Foto: Platform X

BAITULMAQDIS – Pejabat Media Kerajaan Gaza Menuduh Israel dan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) mencampurkan pil narkotik dalam bag berisi tepung gandum untuk diedarkan kepada penduduk Gaza.

Campuran bahan makanan itu merupakan jenayah baharu yang disasarkan kepada kesihatan orang awam di Gaza.

“Penceroboh Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam jenayah ini yang menyasarkan untuk memperluaskan ketagihan dan memusnahkan masyarakat Palestin,” katanya menerusi kenyataan.

GHF memulakan opearsi mengedar makanan di Gaza pada 26 Mei lalu selepas Israel memutuskan bekalan makanan dalam wilayah yang dicerobohinya yang menyebabakan risiko kebuluran.

Siapa sebenarnya disebalik Gaza Humanitarian Foundation?

Ahli farmasi, Omar Hamad mendakwa Israel menyeludup Oxycodone ke Gaza menerusi guni yang mengandungi tepung gandum.

“Dadah ini bukan sahaja disorokkan dalam guni tepung gandum, tetapi ia dicampurkan dengan tepung,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Berikutan itu, Jawatankuasa Anti Dadah di Gaza menggesa orang awam berhati-hati dan memeriksa kandungan bahan makanan dari ‘perangkap kematian pusat bantuan AS-Israel’ dan membuat laporan jika terdapat sebarang bahan asing.

Pada minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk Israel mempergunakan makanan sebagai senjata di Gaza, yang mana ia merupakan jenayah perang, dan menggesa tentera penceroboh itu berhenti menembak penduduk yang cuba mendapatkan makanan.

Menurut perangkaan PBB lebih 410 penduduk Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 3,000 cedera akibat ditembak tentera Israel ketika mereka cuba menuju ke pusat pengedaran bantuan atau ketika mereka cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast