Foto FB KL City.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan ketua jurulatihnya, Miroslav Kuljanac meninggalkan kelab ibu kota selepas hanya semusim mengemudi pasukan dalam saingan Liga Malaysia.

Perkembangan itu disahkan menerusi hantaran rasmi di platform X kelab tersebut.

KL City turut merakamkan penghargaan terhadap sumbangan jurulatih berusia 54 tahun itu sepanjang bersama pasukan.

“Terima kasih Coach Kuljo atas komitmen dan kepimpinan yang tidak berbelah bahagi. Semoga terus berjaya dalam perjalanan seterusnya,” tulis kenyataan ringkas kelab itu.

Miroslav yang berasal dari Croatia mula dilantik sebagai pengendali skuad Warga Kota pada awal musim 2024 menggantikan Bojan Hodak.

Sepanjang kendaliannya, prestasi pasukan dilihat tidak konsisten meskipun pernah mencatat beberapa keputusan mengejutkan.

Pemergian Miroslav mencetus semula spekulasimengenai calon pengganti termasuk bekas ketua bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan posisi tersebut.

Fandi yang mempunyai pengalaman luas selaku jurulatih dikatakan antara nama yang sedang dipertimbangkan oleh pihak pengurusan KL City untuk membawa nafas baharu menjelang musim 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast