Anggota bomba memadamkan kebakaran kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1 Semenyih Teknologi Park, di Kajang pagi ini. Gamba: Ihsan JBPM

KAJANG – Sebuah kilang kitar semula musnah 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bangi Batu 1 Semenyih Teknologi Park, di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 6.33 pagi.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa 13 minit untuk tiba di lokasi kebakaran

“Seramai 37 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Kajang, BBP Pandan Indah dan BBP Mantin dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast