KUALA LUMPUR – Pelakon, Kilafairy, 33, mencuri perhatian netizen apabila mengakui dia berdepan kesukaran untuk kekal istiqamah menutup aurat.
Melalui hantaran di media sosial miliknya, dia yang juga anak penyanyi era 1980-an, Allahyarham Rohana Jalil mendedahkan keimanannya sudah berada di hujung
Malah Kilafairy atau nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia kini sering diuji dengan hasutan diri untuk kembali tidak berhijab.
“Kenapa rasa macam hendak ‘free hair’ (buka tudung) balik? Tetapi apabila fikir semula mengenai perkara ini, kenapa saya perlu puaskan hati manusia? Sepatutnya, kena buat segala-galanya kerana Allah, bukan manusia.
“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah itu susah. Astaghfirullahal’azim… Ya Allah, kuatkanlah iman aku… Doakan saya. Hujung-hujung sudah iman saya,” luahnya.
Pelakon itu kemudian memuat satu lagi hantaran memaparkan foto dirinya menangis.
“Saya selepas membaca mesej langsung (DM) anda. Saya sayangkan anda semua,” katanya dalam hantaran lain.
Kilafairy mula berhijab pada Jun 2020. – MalaysiaGazette
















