Kevin Lam

KUALA LUMPUR – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic akan menyelaraskan Kadar Asas Standard (SBR) kepada 2.75 peratus susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas yang diumumkan Bank Negara Malaysia, kelmarin.

Bank itu dalam kenyataan hari ini berkata, Kadar Asas Bank (BR) dan Kadar Asas Islam (IBR) akan disemak semula kepada 3.63 peratus berbanding 3.88 peratus sebelum ini.

Kadar Asas Pinjaman (BLR) dan Kadar Pembiayaan Islam (IFR) juga akan disemak semula kepada 6.64 peratus berbanding 6.89 peratus.

Kesemua pelarasan terbabit akan berkuatkuasa 14 Julai ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Kevin Lam, kemas kini terhadap OPR ini mencerminkan sifat dasar monetari yang dinamik serta kesannya terhadap daya tahan ekonomi Malaysia.

“Dalam persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah, pelarasan dasar monetari adalah penting untuk mengekalkan kestabilan dan menyokong pertumbuhan mampan.

“Di Hong Leong Bank, kami melihat semakan kadar ini sebagai satu langkah strategik untuk menjamin kelangsungan aktiviti ekonomi dan mengukuhkan trajektori pertumbuhan negara,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast