KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir gerakan reformasi yang sering dilaungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) yang kini menjadi tunjang kerajaan.
Mengumpamakan reformasi sebagai `Nasi Basi’, Dr. Mahathir menyenaraikan beberapa perkara yang sedang berlaku di dalam negara yang dilihat bercanggah dengan semangat reformasi itu sendiri.
Antaranya, kata beliau seperti menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini adalah berhubung isu kehakiman yang mana negara dibiarkan tanpa lantikan Ketua Hakim Negara serta kekosongan seramai 30 hakim.
Selain itu, katanya, rakyat juga diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) selain tidak boleh menyentuh mengenai isu 3R (agama, kaum dan raja).
Berikut adalah catatan penuh Dr. Mahathir bertajuk Reformasi (Nasi Basi) tersebut:
1. Negara tidak berketua hakim.
2. Negara akan kekosongan tiga puluh hakim.
4. Tak pernah ini berlaku.
6. Konon yang bocor tidak betul. Kalau tidak betul kenapa nak bertindak kepada pembocor.
8. Macam-macam tuduhan dibuat.
9. Campur tanganlah, dan sebagainya.
11. Tengok tangan sendiri
13. Hey, jangan politikan pilihan hakim kita disuruh.
14. Jangan politikan addendum.
15. Jangan politikan share MAHB.
16. Jangan cakap berkenaan 3R.
17. Jangan, jangan, jangan.
18. Lekat plaster dimulut. Cucuk hidung, pasang tali heret ikut suka hati.
19. Ini sebahagian dari REFORMASI
20. Rampas harta tanpa sebab juga reformasi.
21. Masuk dalam tahanan tanpa charge juga reformasi.
23. Bukan sahaja undang-undang tidak di endah bercakap pun tak boleh.
24. Tak pun di dewan bercakap (Parlimen).
25. Digantung tanpa tali.
26. Wow!! Reformasi memang great, jeritlah REFORMASI. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL