Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat pengumuman itu berkata perkara itu diputuskan dalam perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah di sini hari ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

“Kami yakin (Pengerusi Perhubungan UMNO) Tan Sri Musa Aman akan memfokuskan (perhatiannya) terhadap permasalahan perundangan yang beliau sedang tangani terutama dari segi petisyen (mengenai kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah).

“Ini adalah keputusan utama yang dibuat dalam perjumpaan ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di sini hari ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast