KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) telah menerima surat tunjuk sebab daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sahkan KRW telah terima surat tunjuk sebab daripada FIFA.
“KRW difahamkan perlu membuktikan mereka entiti yang berbeza daripada pasukan terdahulu, Kelantan FC yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super 2023,” katanya lapor Astro Arena.
Kelantan FC pernah beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023 di mana kelab itu turut menggunakan gelaran The Red Warriors ketika kelab itu beraksi dalam liga berkenaan.
Selepas gagal mendapat lesen untuk Liga Super musim 2024/25, Kelantan FC cuba beraksi di saingan Liga A1 Semi-Pro tetapi tidak berhasil.
Kelab itu kemudiannya menarik diri daripada saingan liga itu untuk musim 2024/25.
Seandainya FIFA mendapati Kelantan RW dan Kelantan FC ialah entiti sama, pengurusan kelab Pantai Timur itu dijangka berdepan hukuman daripada badan induk itu.















