Mohamed Usuf Jan Mohamad

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan yang ditemui dengan kesan lebam pada tubuh, di sebuah kondominium, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perintah reman dikeluarkan sehingga 6 Ogos depan ke atas kedua-dua suspek berusia 38 dan 50 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu tinggal bersama keluarga angkatnya sejak 18 Jun lalu selepas dia diserahkan ibu kandungnya merupakan warga Indonesia sebelum pulang ke negara jiran.

“Mengenai hasil bedah siasat ke atas bayi itu, kita masih belum perolehi laporan penuh daripada pihak forensik kerana proses sedang berjalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas bayi ditemui mati dengan kesan lebam dalam di sebuah kondominium, semalam.

Mohamed Usuf dilaporkan berkata, suspek merupakan bapa angkat bayi itu memaklumkan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika di rumah tanpa sebab ditekatuhi sekita jam 9.34 malam.

Susulan itu, polis telah hadir ke rumah pasangan terbabit dan mendapati mangsa berada di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan penuh kesan lebam di badan.

Tambah beliau, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) bagi bedah siasat.

Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). – MalaysiaGazette

Bayi tujuh bulan maut dengan kesan lebam, ibu bapa angkat ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast