Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke Program Malam Mega Selawat bersempena dengan Sambutan Karnival Mega 3 Dimensi di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 31 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara ratusan hadirin yang mengimarahkan Program Malam Mega Selawat di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dekat sini, malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tiba pada 9 malam dan majlis turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Program ini sempena Hari Peneroka Felda 2025 serta antara acara kemuncak dalam rangka Karnival 3 Dimensi FELDA 2025 yang berlangsung sepanjang minggu.

Acara penuh penghayatan rohani dan kebajikan itu dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyaksikan Majlis Penyerahan Zakat Koperasi Generasi Felda Baru Berhad ketika hadir ke Program Malam Mega Selawat bersempena dengan Sambutan Karnival Mega 3 Dimensi di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 31 JULAI 2025

Pada majlis sama, Ahmad Zahid menyaksikan penyerahan zakat korporat oleh institusi utama Felda kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Antaranya Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan bayaran zakat berjumlah RM1,772,947.76; diikuti Koperasi Generasi FELDA Baharu (KGFB) – (RM1,727,951.03); KOGUNA (RM46,096.14) serta FELKOP (RM119,575).

Sementara itu, bayaran zakat FGV Holdings Berhad berjumlah RM1.11 juta akan disalurkan untuk program Yasin bulanan di masjid terpilih dan ziarah kasih kepada asnaf di PPR sekitar Wilayah Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan penyerahan van jenazah kepada Masjid Al Hidayah Feldang Triang 1 ketika hadir ke Program Malam Mega Selawat bersempena dengan Sambutan Karnival Mega 3 Dimensi di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 31 JULAI 2025

Selain itu, FGV turut menyumbang dua unit van jenazah, masing-masing bernilai RM150,000 kepada Felda Triang 01, Wilayah Mempaga dan Felda Sungai Retang, Wilayah Jengka.

Ahmad Zahir turut menyaksikan Peluncuran Inisiatif Takaful Berkat Afiyat, iaitu skim perlindungan berasaskan prinsip takaful bagi meningkatkan kesejahteraan dan ketahanan kewangan komuniti Felda.

Majlis ini mencerminkan tekad FELDA untuk terus menjadi peneraju dalam agenda pembangunan insan dan kebajikan ummah yang holistik, merangkumi aspek spiritual, ekonomi dan sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast