Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir kini diambil alih oleh pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) berkata, pasukan yang dianggotai sembilan pegawai dan anggota itu sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi tujuan tersebut.

“Penghantaran pasukan khas itu adalah sebahagian daripada komitmen PDRM untuk melaksanakan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius setiap kes kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, PDRM meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara profesional.

Orang ramai juga diharap mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/08/11/kes-zara-qairina-nik-nazmi-nasihat-fadhlina-jangan-defensif/

Zara Qairina, 13, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datu Mustapha, Papar jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, gadis malang itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Episod duka Allahyarham Zara Qairina, bukti kelemahan sistem di asrama, sekolah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast