gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa ketika serbuan di sebuah premis perjudian nombor ekor di Segamat, Johor, baru-baru ini.

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor dalam kenyataan berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 6.15 petang itu mendapati salah seorang daripada suspek sedang beratur manakala seorang lagi sedang menulis nombor pada sekeping kertas. 

Menyedari kehadiran penguat kuasa, kedua-duanya yang berusia sekitar 60-an cuba melarikan diri namun gagal kerana faktor usia.

“Selepas ditahan, penguat kuasa meminta mereka memanggil penjamin daripada kalangan ahli keluarga. 

“Salah seorang suspek menghubungi anaknya dan berpesan agar perkara itu tidak dimaklumkan kepada isterinya.

“Kesalahan berada di premis perjudian boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast