Peserta-peserta bergambar bersama penganjur selepas pertandingan bola jaring anjuran Persatuan Penduduk TKP, Kajang.

KAJANG – Persatuan Penduduk Taman Kantan Permai (TKP) menganjurkan pertandingan bola jaring sebagai usaha menyemarakkan lagi semangat dalam menyambut bulan Kemerdekaan yang ke-68.

Sebanyak lapan pasukan dari sekitar Lembah Klang, termasuk pasukan tuan rumah telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Persatuan Penduduk, Ismail Hori.

Pengarah Program yang juga Ketua Beliawanis taman berkenaan Suriani Mohd Yusof berkata, pertandingan itu bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti, malah turut menjadi platform bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta mempromosikan gelanggang bola jaring yang baru dibaik pulih.

Pasukan GBB dinobatkan sebagai juara pertandingan, manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Jewels TKP.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh pasukan Journey dan G-Ten.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ismail dalam suasana penuh semangat dan muhibbah.

Program seperti itu dijangka diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif memperkukuh jalinan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast