Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri) menyerahkan watikah pelantikan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah kepada Datuk Mohd Razali Wahab.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Razali Wahab dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa semalam.

Mohd Razali, 59, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pengurusan Sosial dan Infrastruktur) dari Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun bermula sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan pada tahun 1994.

Pada tahun 2022, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, sebelum menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Razali atas pelantikan beliau ke jawatan tersebut.

“Dengan kepimpinan dan pengalaman beliau, saya yakin penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus cemerlang dan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast